Cari Dalam Blog Ini

Kenapa Mesti Fokus?

Kenapa perlu fokus? Ramai yang mengatakan fokus adalah perlu bagi mencapai sesuatu yang diingini. Dalam dunia kehidupan sekarang kita bukan sekadar ingin mencapai sesuatu, tetapi banyak perkara yang ingin kita capai. Bolehlah kita memberi perhatian terhadap banyak perkara pada satu masa? Wajarkah fokus dan perhatian kita ditumpukan kepada sesuatu perkara sahaja pada suatu masa?


Seringkali seseorang dilihat sebagai berjaya apabila mengendalikan beberapa projek / terlibat dalam beberapa perkara pada satu masa. Mereka begitu sibuk dalam menguruskan projek mereka yang banyak. Sejauh mana mereka ini berjaya mencapai kejayaan dalam setiap projek mereka? Selalunya hanya mereka sahajalah yang tahu hakikatnya sejauh mana kejayaan dicapai dalam pelbagai urusan masing-masing.



Sama sekali ini tidak bermakna penglibatan dalam pelbagai perkara dalam satu masa adalah sesuatu yang mesti dielakkan. Dengan terlibat dalam pelbagai projek pastinya kita akan berurusan dengan individu yang pelbagai, masalah yang pelbagai, idea yang pelbagai dan macam-macam lagi yang pelbagai sifatnya. Ringkasnya penglibatan dalam banyak perkara sekali gus dapat membekalkan kita dengan pelbagai pengalaman yang berbeza. Sudah tentu ini semua sangat bernilai untuk masa depan kita.


Kenapa perlu fokus? Seringkali kita mendengar ungkapan "a jack of all trades, but a master of none". Sebagai seorang yang beriltizam kita memang berkeyakinan tinggi bahawa kita berkemampuan melaksanakan pelbagai perkara dalam satu masa. Namun lambat laung kita akan sedar bahawa kita sebenarnya memang "a jack of all trades, but a master of none". Paling tidak, kita akan sedar perkara ini betul-betul terjadi pada diri kita apabila kita tidak lagi diperlukan oleh sesebuah organisasi / majikan. Malah kita akan lihat betapa pengganti kita juga mampu melaksanakan tugasan yang pernah menjadi tugasan kita, mungkin juga dengan lebih baik. Tidakah ini menunjukkan kita sebenarnya tidak memiliki kepakaran khusus? Kita adalah sekadar "a jack of all trades, but a master of none". Jika kita bukan "a jack of all trades, but a master of none" pastinya tidak mudah untuk organisasi / majikan menggantikan kita.


Tujuan penulisan ini adalah supaya kita sedar lebih awal tentang keperluan untuk fokus. Dengan mengaplikasikan beberapa kaedah yang telah dikenalpasti oleh individu berpengalaman, kita sewajarnya mampu mencapai tahap kejayaan tertentu yang lebih tinggi dalam sesuatu perkara yang diimpikan sehinggakan kita dijadikan pakar rujuk dalam perkara tersebut. Kita bukanlah sekadar "a jack of all trades" tapi kita adalah "a master of a particular trade". Sekiranya kita adalah pekerja untuk sesebuah organisasi / majikan sudah tentu kita sangat bernilai kepada mereka dan ini pastinya menjadikan kita sangat diperlukan oleh mereka. Jika kita adalah seorang usahawan pastinya kita akan kekal relevan dalam dunia usahawan. (bersambung kemudian)